Tuesday, July 15, 2014

Pilihlah Menu Terbaik!

Lama nya tak update blog! Sejak masuk sem 4 makin busy (busy la sangat). Alhamdulillah dah 17 hari berlalunya ramadhan. Dah lama tak buat entri tentang kesihatan. Jadi hari ni kita update untuk semua :)

Jika teringin air berkabonat

Apa kata cuba jus buah?

Mengapa?
Minuman berkarbonat kurang mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Pengambilan yang berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berat badan dan obesiti. Apa kata kamu tukar kepada jus buah-buahan. Selain baik untuk diet, jus mempunyai serat yang bagus untuk sistem pencernaan.

INFO: Jus limau misalnya berperanan sebagai antiseptik semula jadi dan cukup baik untuk kulit, tekak dan mengawal tekanan darah tinggi,

Jika teringin snek ringan?

Apa kata cuba salad buah?

Mengapa?
Makanan ringan lazimnya tidak mempunyai vitamin dan zat galian yang diperlukan badan. Ia mengandungi bahan-bahan kimia yang kurang elok unutk kesihatan. Cuba gantikannya dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti salad buah. Snek yang sihat ini sesuai untuk kudapan pada waktu petang atau saat kamu menonton televisyen.

INFO: Salad tidak menggunakan minyak dan tidak perlu dimasak dan kalori dalam setiap hidangan tidaklah banyak.

Jika teringin aiskrim?

Apa kata cuba yogurt?

Mengapa?
Memang sedap dinikmati terutamanya pada cuaca yang panas. Namun, jika kamu ambilnya dengan kadar berlebihan, ia boleh menyebabkan kamu batuk dan selsema. Lebihkan makan yogurt berbanding aiskrim kerana badan memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan.

INFO: Yogurt dapat memberi keseimbangan dalam kitaran usus atau bertindak secara lansung pada penghadaman dan sistem imunisasi badan,

SELAMAT MENCUBA! xoxo, Mieprosa <3 p="">