Tuesday, May 21, 2013

Cameron Highlands for the first time in my life :)


Assalamualaikum buat semua. Setelah 3bulan tidak mengupdate blog yg berhabuk lagi bersawang. Rasa bersalah sangat kerana meninggalkan blog ni tanpa sebarang update selama 3bulan. Jadi mari kembali mengaktifkan diri. Dikesempatan tengah cuti sem. Sebenarnya tengah busy sangat dengan kerja. Jadi cuti jelah yg sempat. Entri kali ni ingin membebaskan blog dgn gambar gambar,

Cameron Highlands! Sangat teruja lepas my dad janji nak pi Cameron sebab kan. Umur dah 19 tapi sekali pun tak penah pi. Kesian sangat. So start ja cuti sem lepas habis final exam. Balik rumah then terus ke Cameron. Cukup bermakna walaupun 2 hari 1 malam.



First tempat, Raju Hill Strawberry Farm, tapi agak menyedihkan sebab masa tu strawberi lansung takda dekat tempat tu. Cuma ada strawberi yg fresh untuk dimakan bukan untuk dipetik. Jadi pergi situ dapat makan ja. Tu pun dah okay.



Serious! Makanan makanan ni semua tak cukup kalau makan sekali. Dan yang pasti takboleh langsung berkongsi! Haha. Please kalau ke Cameron anda perlu menuju ke tempat ni! Please okay? Destinasi seterusnya Ladang Teh Boh. Tempat yg sangat tenang dengan melihat pemandangan hijau! Tapi sayang sekali. Masa tengah best best shoot gambar hujan pulak, so takda rezeki my mum cakap takda rezeki. Esok boleh datang lagi, Ehemmmmm



Lepas hujan yang sangat lebat tu kami terpaksa balik ke hotel sbb mmg tak boleh kemana hujan terlalu lebat. Then bila sampai ja dah malam, perut mula rasa lapar dan terus menjamu selera. Guess what? Dinner malam tu sangat best. Steamboat pulak sbb situ kan tempat yg sejuk. So mmg sgt fair bila diluar sejuk. Dan perlu untuk makan makanan yg panas panas.


Hari kedua :)
Seperti yg dijanjikan, cuaca pun mengizinkan, alhamdulillah. Jadi sekali lagi kami ke Ladang Teh Boh. Hari ni boleh la shoot puas puas. Hehe.




Big Red Strawberry Farm




Time ni rasa teruja sangat sbb first time petik strawberri originaly! Puas sbb dapat petik yg fresh fresh dan boleh makan terus. Rasa nya mmg perut penuh perut dengan strawberri. Biasa la orang perak lansung tak penah ke Cameron. Haha. Next destination is.......

Cactus Point, Brinchang!



Last destination is Lavender Garden, seriously tempat ni sangat tenang, dengan penuh bunga bunga yg colourful. So awesome for me!





Terima kasih kerana sudi melihat, membaca dan bersabar melihat entri saya buat kali ni. Cuti sem yg sangat bermakna. Hope for the next semester break, ayah janji la lagi tempat lain and paling penting lepas ni whole the family dapat join. Ihiks. A big thanks to my mum, dad and my sis serangkap jurugambar. Sampai sini saja entri saya kali ini. Thanks for reading!




Wednesday, February 6, 2013

Petua Melicinkan Kulit Muka





Ada sesetengah individu yang menganggap ia adalah sebahagian daripada kecantikan paras rupa. Oleh itu, menjaga kulit muka sangat penting kerana ia merupakan imej bagi seseorang individu. Kalau kulit muka nampak kurang bermaya atau kurang sihat, ia menyukarkan mereka untuk melakukan kerja seharian.
Adakah anda mempunyai masalah dengan kulit muka anda? Masih tercari-cari bagaimanakah cara untuk melicinkan kulit muka anda? Jom cuba petua di bawah ini:

Tips Melicinkan Kulit Muka

1. Ambil tepung pulut can campurkan sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di bahagian muka anda dan apabila bangun pada keesokkan harinya, cuci muka anda dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
2. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke kulit muka anda. Biarkan selama tiga hingga lima minit sebelum dicuci sengan air suam. Amalkan selalu bagi menampakkan kesan yang ketara.
3. Kisar dua biji buah tomato bersama sedikit gula dan air. Tapiskan dan minum airnya di setiap pagi. Lakukan sekerap yang mungkin agar kulit muka anda bertambah licin.
4. Ambil wap air nasi atau buih atau yang sedang ditanak. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama 30 minit. Lakukan setiap hari dan anda boleh lihat hasilnya.
5. Ambil seikit beras dan rendam selama dua hari. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam tadi. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.

P/s : Kulit muka harus dijaga sepenuhnya.