Friday, December 6, 2013

Kesalahan dalam penjagaan kecantikan

Semua wanita tentunya mempunyai cara penjagaan kecantikan masing-masing. Ada yang menggunakan cara semulajadi, tradisional, mahupun kaedah moden. Semua cara itu pada asasnya adalah untuk memberi rawatan dan penjagaan yang maksima sehingga tubuh kelihatan lebih indah. Sayangnya, tidak semua wanita mengetahui perkara kecil yang jelas boleh merosakkan penjagaan yang telah mereka lakukan.

Dalam perkara ini, tentunya anda ingin mengetahui apa kesalahan yang sering berlaku semasa melakukan penjahaan kecantikan.

1.Fesyen Potongan Rambut Yang Sama

Rasanya akan amat membosankan ketika mengekalkan fesyen rambut yang sama selama bertahun-tahun. Kesannya pada pemilik rambut adalah malas dalam mendandan dan menjaga kecantikan rambut. Sebaliknya, lakukan perubahan kecil pada potongan rambut agar penampilan anda lebih segar secara keseluruhannya. Bahkan, anda boleh mengikut berbagai trend fesyen rambut sekarang cukup disukai oleh wanita. Bagi anda, pemilik rambut pendek, sederhana atau panjang, tetap menjadi sebahagian dari trend pada masa ini, bergantung pada kreativiti dandanan sehingga menjadikan rambut anda kelihatan tidak sama.

2. Kurang Tidur

Tidur merupakan aspek yang amat penting bagi kesihatan. Bukan hanya itu, dalam penjagaan kecantikan juga perlu mengambil berat unsur cukup tidur. Seseorang yang kurang tidur, biasanya mempunyai kulit yang pucat dan wajah yang penat. Lebih buruk lagi, peningkatan tahap kortisol boleh melambatkan penghasilan kolagen yang menyebabkan berlakunya kedutan dengan lebih cepat. Perkara ini kerana kulit dipaksa terus bekerja tanpa adanya rehat. Padahal, semasa kita tidur, enzim yang memperbaikinya akan menjalankan peranannya dengan memperbaiki kerosakan, mengurangkan toksin dan mengagihkan nutrisi pada sel tubuh.

Selain itu, orang yang kurang tidur akan mudah diserang penyakit, kerana antibodi dalam tubuhnya lemah, sehingga memberi kesan pada kesihatan dan kecantikannya. Oleh sebab itu, tidur juga perlu menjadi perhatian penting ketika menjaga kecantikan.

3.Jarang Bersenam

Bagi anda yang jarang bersenam, ada baiknya mengetahui manfaat senaman pada tubuh. Siapa tahu anda akan berubah fikiran dan sesegera mungkin membuat jadual untuk mengerakkan tubuh. Selama ini, anda berfikir bahawa manfaat senaman adalah memberikan tubuh yang sihat dan kuat. Dengan bersenam anda akan mendapat stamina yang lebih bagus, seperti tidak mudah penat, kebal pada penyakit dan sebagainya.

Namun, pernahkan anda sedari bahawa ternyata senaman itu amat berguna pada kesihatan kulit? Bahkan, senaman disebut-sebut sebagai salah satu cara mengatasi berbagai penyakit sehingga bagi anda yang mahu awet muda, sebaiknya sentiasa bersenam dengan teratur.

4.Mengabaikan Kebersihan Alat Solek 

Dalam  bersolek, kebersihan adalah perkara utama yang perlu diambil berat, khususnya alat solek. Kebersihan bukan hanya menjadikan solekan tetap dilindungi kebersihanny, tetapi kesihatan kulit juga menjadi keutamaan utama dalam perkara ini.

Span bedak, sapuan pemerah pipi, kapas pembayang mata dan semua bentuk alat solek yang sering kita gunakan semasa berdandan, menyimpan banyak sisa solekan dan sel kulit mati. Debu bedak yang melekat, minyak, kotoran ataupun bakteria yang tertinggal pada span dan berus boleh menyebabkan jerawat. Dengan menjaga kebersihannya, masalah kulit yang membahayakan dapat dihindari.

Membersihkan alat solek wajah bergantung pada seberapa sering anda menggunakannya. Biasanya, orang membersihkannya dua sehingga tiga kali dalam sebulan. Ingat jangan bertangguh lebih lama lagi apabila ianya sudah menunjukkan tanda yang tidak baik, seperti berbau busuk.

5. Menyikat Rambut Semasa Masih Basah

Tips ini mungkin sudah sering disarankan di berbagai salon kecantikan. Perkara ini memang cukup buruk jika tidak mengambil berat. Setelah menggunakan syampu, gunakan sikat yang bergigi jarang untuk meleraikan kekusutan rambut anda. Jika boleh, jangan disikat dahulu! Tunggu sehingga kering. Jangan gunakan sikat dengan gigi rapat, kerana boleh menyebabkan rambut yang sihat mahupun yang rosak tertarik dan luruh pada masa itu juga. Jika perkara ini dibiarkan, lama-kelamaan boleh menyebabkan botak.

To be continued........................ hehe

7 comments:

  1. 1,2,3...hihi..amat selalu di amalkan..

    ReplyDelete
  2. Omg!!
    Qila buat 1235 t___t
    sedihnyaa!!!!!
    Nnt qila boleh jadi botak oh noooooooo ;(
    hehehehe thanks <3

    ReplyDelete
  3. Takpernah tau pon selalu sikat ja time basah tue :3
    Btw jom join jom http://mistaqila.blogspot.com/2013/12/mega-giveaway-by-mojatcerewetcom.html

    ReplyDelete
  4. Patutlah aku tak cantik, aku buat semua ni T_T

    ReplyDelete
  5. yang bersenam tuh paling susah.....:)

    ReplyDelete
  6. betul komen kat atas, bersenam itu yang malaiiihh tu. dulu masa sekolah rendah rajinlah jugak ahaha

    ReplyDelete