Tuesday, December 24, 2013

Segmen : Jom Blogwalking by Deeno







Cara penyertaan: 
1. Follow blog ni Denno // Nazrina // Dayang Deno
2. Like page advertiser
3. Copy banner di atas
4. Publish dan paste link anda pada ruangan kotak komen Denoo
5. Hadiah cash RM50 x 3 orang peserta
*Pemilihan pemenang
RM 50 x top referral
RM 50 x 2 cabutan bertuah

*tarikh tamat segmen pada 10.Januari.2014, 11.59 P.M

Selamat bersegmen semua, jum ramai ramai join :D

Wednesday, December 11, 2013

Kesalahan dalam penjagaan kecantikan (Part 2)


6. Kesilapan Dalam Menggunakan Kosmetik

Kesilapan dalam menggunakan kosmetik boleh merangkumi banyak perkara seperti kesilapan dalam memilih kosmetik yang tepat untuk kulit, menggunakan kosmetik yang sudah tamat tempoh dan  menggunakan produk tester atau sampel tanpa mengambil berat soal kebersihan. Cara menyimpan kosmetik juga amat memberi kesan pada penjagaan wajah anda.

Kebiasaan menggunakan kosmetik tamat tempoh, mengambil kosmetik dengan jari atau memasukkan semula baki bahan kosmetik yang berlebih, boleh menyebabkan jerawat dan rengsa kulit. Oleh yang demikian, buang semua produk yang sudah berubah warna, tekstur dan baunya. Sentuh produk tester atau sampel dengan menggunakan putik kapas, kapas atau tuangkan sedikit pada tapak tangan, baru kemudian disapu pada wajah. Kesilapan mengguna-kan kosmetik akan membawa akibat amat buruk sehingga boleh sahaja anda mendakwa suatu produk tidak bagus, padahal sebenarnya itu merupakan kesilapan anda yang tidak tahu beberapa kesalahan dalam menjaga kecantikan.

7.Tidur Tanpa Membersihkan Solekan

Satu perkara paling penting untuk anda lakukan pada kulit adalah membersihkan solekan setiap malam sebelum tidur. Sayangnya, kadang kala anda melupakan perkara itu kerana sudah terlalu penat. Ingatlah bahawa membersihkan solekan sebelum tidur dapat "menyelamatkan" kulit. Membiarkan semua solekan anda masih melekat pada wajah, hanya akan menutup liang-liang dan jelas merosakkan kulit.

Oleh yang demikian, inilah rutin mudah yang perlu dipelihara setiap hari sebelum tidur. Mulakanlah dengan menggunakan pembersih solekan untuk membersihkan semua solekan yang anda kenakan. Gunakan pembersih dengan minyak pati (essential oil), seperti kalendula dan membersihkan kosmetik kalis air yang biasanya amat sukar dibersihkan. Atau anda juga boleh menggunakan bebola kapas untuk kesan yang lebih baik.

Cucilah wajah anda dengan pencuci muka yang lembut, sesuai dengan jenis kulit. Cuci wajah dengan pergerakan memutar untuk melancarkan darah. Berikutnya, gunakan toner untuk mengecilkan liang-liang dengan bebola kapas dan usaplah wajah dengan pergerakan yang lembut.

Solekan yang tidak dibersihkan boleh menyumbat liang-liang, menyebabkan jerawat pada mata. Kulit memerlukan masa untuk memperbaharui sel. Namun, kerana liang-liang tersumbat, maka proses ini menjadi terhalang sehingga menjadikan kulit kusam. Maka dengan itu, mulai sekarang, biasakanlah rutin membersihkan solekan sebelum tidur demi kesihatan kulit wajah anda.

8. Mandi Lama Dengan Air Panas

Mandi air panas merupakan perkara yang cukup seronok, apalagi melakukan semasa badan penat atau semasa perlu mandi pada waktu malam. Namun, perkara ini perlu diawasi, kerana lama mandi dengan air panas boleh menyebabkan kulit kering. Hadkan masa mandi lebih kurang 3 minit dengan suhu air yang tidak terlalu panas. Selain  itu, gunakan pelembap segera setelah madni, untuk mencegah kulit kering.

9. Menyembur Minyak Wangi Pada Pergelangan Tangan

Menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan merupakan kebiasaan yang sering kita abaikan, kerana tidak memberi kesan secara lansung pada kecantikan. Namun, menyembur minyak wangi pada kenakan. Jika anda mengenakan jam tangan atau gelang, maka wangian akan bercampur dengan bau aksessori anda. Selain itu, perkara itu juga boleh menyebabkan kelembapan pada bahagian yang ditutup dengan jam tangan. Lebih baik, semburkan minyak wangi pada titik denyut nadi pada leher, kerana kawasan ini lebih panas dan akan membantu menyebarkan wangian.

Selamat menjaga kesihatan masing masing semua! Bye xoxo





Friday, December 6, 2013

Kesalahan dalam penjagaan kecantikan

Semua wanita tentunya mempunyai cara penjagaan kecantikan masing-masing. Ada yang menggunakan cara semulajadi, tradisional, mahupun kaedah moden. Semua cara itu pada asasnya adalah untuk memberi rawatan dan penjagaan yang maksima sehingga tubuh kelihatan lebih indah. Sayangnya, tidak semua wanita mengetahui perkara kecil yang jelas boleh merosakkan penjagaan yang telah mereka lakukan.

Dalam perkara ini, tentunya anda ingin mengetahui apa kesalahan yang sering berlaku semasa melakukan penjahaan kecantikan.

1.Fesyen Potongan Rambut Yang Sama

Rasanya akan amat membosankan ketika mengekalkan fesyen rambut yang sama selama bertahun-tahun. Kesannya pada pemilik rambut adalah malas dalam mendandan dan menjaga kecantikan rambut. Sebaliknya, lakukan perubahan kecil pada potongan rambut agar penampilan anda lebih segar secara keseluruhannya. Bahkan, anda boleh mengikut berbagai trend fesyen rambut sekarang cukup disukai oleh wanita. Bagi anda, pemilik rambut pendek, sederhana atau panjang, tetap menjadi sebahagian dari trend pada masa ini, bergantung pada kreativiti dandanan sehingga menjadikan rambut anda kelihatan tidak sama.

2. Kurang Tidur

Tidur merupakan aspek yang amat penting bagi kesihatan. Bukan hanya itu, dalam penjagaan kecantikan juga perlu mengambil berat unsur cukup tidur. Seseorang yang kurang tidur, biasanya mempunyai kulit yang pucat dan wajah yang penat. Lebih buruk lagi, peningkatan tahap kortisol boleh melambatkan penghasilan kolagen yang menyebabkan berlakunya kedutan dengan lebih cepat. Perkara ini kerana kulit dipaksa terus bekerja tanpa adanya rehat. Padahal, semasa kita tidur, enzim yang memperbaikinya akan menjalankan peranannya dengan memperbaiki kerosakan, mengurangkan toksin dan mengagihkan nutrisi pada sel tubuh.

Selain itu, orang yang kurang tidur akan mudah diserang penyakit, kerana antibodi dalam tubuhnya lemah, sehingga memberi kesan pada kesihatan dan kecantikannya. Oleh sebab itu, tidur juga perlu menjadi perhatian penting ketika menjaga kecantikan.

3.Jarang Bersenam

Bagi anda yang jarang bersenam, ada baiknya mengetahui manfaat senaman pada tubuh. Siapa tahu anda akan berubah fikiran dan sesegera mungkin membuat jadual untuk mengerakkan tubuh. Selama ini, anda berfikir bahawa manfaat senaman adalah memberikan tubuh yang sihat dan kuat. Dengan bersenam anda akan mendapat stamina yang lebih bagus, seperti tidak mudah penat, kebal pada penyakit dan sebagainya.

Namun, pernahkan anda sedari bahawa ternyata senaman itu amat berguna pada kesihatan kulit? Bahkan, senaman disebut-sebut sebagai salah satu cara mengatasi berbagai penyakit sehingga bagi anda yang mahu awet muda, sebaiknya sentiasa bersenam dengan teratur.

4.Mengabaikan Kebersihan Alat Solek 

Dalam  bersolek, kebersihan adalah perkara utama yang perlu diambil berat, khususnya alat solek. Kebersihan bukan hanya menjadikan solekan tetap dilindungi kebersihanny, tetapi kesihatan kulit juga menjadi keutamaan utama dalam perkara ini.

Span bedak, sapuan pemerah pipi, kapas pembayang mata dan semua bentuk alat solek yang sering kita gunakan semasa berdandan, menyimpan banyak sisa solekan dan sel kulit mati. Debu bedak yang melekat, minyak, kotoran ataupun bakteria yang tertinggal pada span dan berus boleh menyebabkan jerawat. Dengan menjaga kebersihannya, masalah kulit yang membahayakan dapat dihindari.

Membersihkan alat solek wajah bergantung pada seberapa sering anda menggunakannya. Biasanya, orang membersihkannya dua sehingga tiga kali dalam sebulan. Ingat jangan bertangguh lebih lama lagi apabila ianya sudah menunjukkan tanda yang tidak baik, seperti berbau busuk.

5. Menyikat Rambut Semasa Masih Basah

Tips ini mungkin sudah sering disarankan di berbagai salon kecantikan. Perkara ini memang cukup buruk jika tidak mengambil berat. Setelah menggunakan syampu, gunakan sikat yang bergigi jarang untuk meleraikan kekusutan rambut anda. Jika boleh, jangan disikat dahulu! Tunggu sehingga kering. Jangan gunakan sikat dengan gigi rapat, kerana boleh menyebabkan rambut yang sihat mahupun yang rosak tertarik dan luruh pada masa itu juga. Jika perkara ini dibiarkan, lama-kelamaan boleh menyebabkan botak.

To be continued........................ hehe

Monday, November 25, 2013

Semester 3


Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih bernafas dibumi Allah yg indah ni. Okay untuk entri kali ni adalah Semester 3!! Dah fikir habis habisan dah. Mmg takda idea, otak tepu + lemak berkrim disukai ramai. Hahaha. Bermulanya semester 3 saya di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang. Diploma Pengurusan Hotel. Bersyukur sangat sebab dah 3 sem. Takdak sangkut apa apa. Tapi lagi seronok sebab pointer sem 2 ni okay dari sem 1 walaupun tak dapat dean list. Alhamdulillah sangat sangat bila dapat bagi my mum happy & whole the family. Rasa berbaloi dengan usaha yg dibuat walaupun kadang kadang selit sikit pi sana pi sini overnight la, tengok wayang la, tengok movie tak ingat dunia la. Hahaa, biasa la kadang kadang perlu jugak masa untuk release tension kan. Tapi takboleh selalu la kan. Untuk sem ni dapat kolej Kristal B. Okay la tapi kurang best sebab tak dapat wifi haha. Roomate si Nad mmg dah kenal lama so tak kisah, Dina yang cantik, Syaz yg lemah lembut. Housemate pulak si Farah Aimi classmate yg lansung tak rapat dari sem 1. Tiba tiba jadi rapat dan baik lepas balik dari trip class sem lepas. Hehe. Nad lagi sorang. Semua okay ja sporting. Best dapat kolej ni sebab memang selesa sangat!

Takdak apa pun, gambaq hiasan ja sebab dah taktau nak letak gambaq apa kan. Hihi. New bedsheet for this sem. Thank you mum. Hee.

View yg betul betul dari tingkap bilik saya. Kelihatan begitu indah skali. Kalau dah dekat dgn masjid. Mintak mintak alert skit la lepas azan tu. Hihi.

Cik Nadratul Syazwana yg mcm org gila semalam sbb takda internet. So decide la beli wifi untuk kegunaan peribadi(kegunaan la sangat). Terima kasih Nad dah 4sem aku kenal kau since aku pra lagi. Perasan tak kita lansung tak pernah gaduh? haha mcm hebat ja. Mungkin sbb perangai kau yg sentiasa nak bagi aku gelak tu kot.Hee. Dah takmau tulis banyak banyak pasal dia. hahaha

(Gambaq hiasan ja ni)
Saja ja nak letak gmbaq bagi nampak entri hidup sikit. Hihi, untuk anda semua doakan lah kejayaan saya serta kawan2 saya untuk sem ni. Semoga kami maju kehadapan dengan menaikkan lagi pointer pada sem ini. Amin. Kalau hal hal bercinta letak tepi sat. Yg berlalu biarlah berlalu. Jadi kan pengajaran untuk diri sendiri. Sapa ckp single tak boleh bahagia? I've my family. And that's enough for me. Thank you Allah. Saya dah mula tabahkan hati untuk apa apa dugaan lepas ni. :') terima kasih kepada sesiapa yg sudi membaca walaupun entri yg tak menarik. Cuma luahkan apa yg tersirat didalam hati. Byeee thanks semua, xoxo :*



Sunday, October 27, 2013

Abdullah Daughter's


Bulan oktober kan? Cuti sem? Yay or nay? Mesti la yay! Sem 2 yg cepat sangat berlalu. Sebulan lagi masuk sem depan pulak. Rasa sat sangat aih sem ni, dah la cuti sem pun sebulan lebih ja. Sempat la nak kerja sebulan. Hee. Next sem? ada Acc?. Ya Allah dah la buta bab bab nombor ni. Apa apa pun, watlek watpeace dulu. Let's enjoy the sem break! Untuk entri kali ni, akan dibanjiri oleh gambar gambar. So dah bersedia? Haha, "Abdullah Daughter's" what's the mean actually? Haa semua anak Pak Dollah la. Nama bapa yg sama tapi lain lain orang la, so tajuk yg kena mengena dgn gadis-gadis yg berbinti kan Abdullah.








Rasyidah binti Abdullah


Amira binti Abdullah


Nor Izzati binti Abdullah
























Jutaan terima kasih kepada  En Flip , Cahaya Eza , Mad Zamri serangkap Photographer untuk kali ini. Walaupun gambaq tak berapa banyak sebab hujan haha. Apa apa pun, terima kasih daun keladi buat semua.
A big thanks tua our MakeUpArtist(MUA) Azie Jamil Thanks kak azie :)
Dikesempatan ni jugak, ada barang yg nak dipromote kan.



Interested? Handmade props for wedding, pre-wedding, engagement, birthday party or any events.You can costumize your own words. Kindly sms/whatsapp 0125758565( Cahaya Eza) for details :)
Thankyou for reading, xoxo !

Thursday, September 12, 2013

Shiseido Mask


Lama nya jari jemari tak aktif dan lama tak perah otak nak update blog ni yg tak berapa nak bersih ni, mari mula dengan pembersihan semula blog. Untuk entri kali ni. Fokus untuk si gadis gadis diluar sana!! Mungkin ramai tahu pasal Shiseido Mask ni. Tapi tak tahu macam mana nak pakai, apa kegunaan dia & yg paling penting kesan dia. First of all, for those who really want a flawless skin have to wear this mask! Sbb dia memang best. Mask ni ada 3 jenis.

Black Mask
-Untuk kulit sensitive, tapi sapa yg muka takdak masalah pun boleh ja pakai. Sbb dia sangat kuat dan mmg bila pakai dia keluar segala bnda yg tak patut ada dlm muka kita. 


Gold Mask
-Untuk kekalkan kesegaran di muka, kulit tegang dan bebas dari jerawat or anything else yg tak patut ada di muka anda.


White Mask
-Ini untuk sapa yg nak bagi muka putih kulit gebu auwm auwm. Haha. Yg ni pun best sbb kesan dia sgt cepat(ikut kulit). 





OHH TIDAKKKK!
Hantu kak limah balik rumah. Haha ni la gmbq hiasan ehh padahai nak menunjuk yg sebenaqnya dah penah try black mask ni. First time pakai mmg sakit masa nak bukak mask tu, tapi lepas dah bukak. Puaih hati bak hang!!! Rasa muka ringan sangat sangat. Tolong lah cuba wahai gadis gadis diluar sana. Dan saya pasti anda semua takan menyesai punya lah. Okay sampai sini saja, Selamat mencuba semua! XOXO



Friday, July 19, 2013

Hatyai , Thailand.

Salam ramadhan buat kaum muslimin dan muslimat sekelian alam. Alhamdulillah, masih bernyawa dan masih mampu berpuasa di bulan ramadhan yang indah ni. Dah puasa 10 hari. Sekejap nya waktu berlalu. Nanti dah nak raya. Mcm mana preperation utk raya? Baju, kuih muih? Hihi. Entri post untuk kali ni khas untuk mengepost gambar-gambar saya ke............. HATYAI, THAILAND! Alhamdulillah sampai jugak ke sana :) Walaupun hanya 2hari 1mlm cukup menyimpan kenangan.


Sebelum masuk, kena la beratur semua ni. Guna pasport, border past or whtvr la. Dkt imigresen ni serious sesak. Tambah-tambah kalau time weekend. Mmg kena beratur panjang la. Lepas settle semua tu dah dapat masuk Thailand. yeay!



Chang Puak Camp.
Tempat kt sini, sapa yg nak ambil pengalaman boleh la naik gajah. Sbb gajah sini semua sihat sihat belaka, hehe. Tapi harga nya boleh dikatakan mahal la jugak. Sbb 500bath (RM 50) rasanya kalau ada yg lebih murah dari yg ni. So dtg sini mmg semata mata untuk snap pich then pergi tempat lain yg mungkin lebih menarik.




Samila Beach!







 Klonghea Floating Market.
Tempat ni agak femes dgn cara penjaulan mereka yg berada di dalam sampan. Thats way la "Floating Market". Makanan makanan dekat sini memang best. Byk sangat pilihan dan sesak sebab semua org dah mula teruja dgn apa yg ada disitu.


Disebakan ramai. Yg ni ja sempat dibeli alhamdulillah rezeki ada jugak pengikat perut ni. Yg kiri tu dia ala ala mcm Sizzling Mee la tp dia ditukar dgn kueh teow. Dan air laici yg ada dalam bekas labu yg mmg menjadi kebiasaan seseorang tu bila datang kat sini. 

HARI KEDUA




Lupa nama tempat ni. Dia lepas sikit pada Samila Beach. Best sebab dekat sini dapat makan Coconut ni, org Penang kata ayaq nyok. Hehe, dia unik sbb dalam bekas kelapa tu ada roti, pulut, buah nad, betik & ice-cream vanilla. Sedap murah dan rasa nak lagi dan lagi. 

Lee Garden Market





Penat berjalan jalan seharian. Tiba la masa untuk pulang ke Malaysia. Penat dan penat, hati memang rasa nak balik sebab duit pun dah kering, balik pun sebab rindu orang tersayang dkt sana, apa apa pun. Enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! :) Thanks for reading xoxo