Wednesday, December 26, 2012

Gurney Plaza :)


Hai disana hai disini, wkwkwk. Sementara tengah cuti yg agak lama ni. Sempat jugak curi masa nak hapdate belog ni. Assignment sangat banyak bertimbun dan segala ber yer. Dan masih tiada mood nak buat. Hehe. Just buat nota nota yg penting sikit sikit. Cuti sekejap ja till 30hb? 31hb dah ada kelas. Then 1hb dah cuti balik. Alaa kedekut la UITM ni. Haha. Entri kali ini hanya gambar yer. Sbb malas nak menaip. Hehe semalam selepas pergi open house rumah boss my sis dekat Pulau Tikus. Sempat la singgah sebentar di Gurney Plaza. JEM JEM JEM! Kereta sana sini. Masing masing sibuk nak ke sana ke sini. Nasib dapat parking. Tapi kena jalan jauh. Janji sampai jugak hajat nak ke Gurney. Hehe.


Sempat masuk ke dalam Charles & Keith. Hanya dihati saja tahu. Sakit nya hati. Sbb last week dah beli purse Roxy! Ah. Agak menyesal la sbb last week hanya menghabiskan duit di Queensbay bersama si dia tersayang. So next time kita ke Gurney ye? Hehe. Please! After this. Kalau ada duit. Hanya ke Charles & Keith. Sbb harga dia sangat okay. Dan barang barang dia pun cantik :) Bukan promote yer! 


Selepas penat menjamu mata di sekeliling Gurney dan tetiba tekak rasa dahaga. Yes. Chatime!!
Time dekat sini pun pun kena beratur panjang. Its okay la. Memang orang ramai dan sesak dalam mall tu.



This is my peberet!Straw Pudding Al-Lait. Kenikmatan yang sangat tak terkata. Bila pulak ada topping pearl. Rasa sedap dan tak sampai hati nak sedut. Haha. Guys! Please try this. Aci kerat kuku kalau tak sedap. Kalau dah rasa mesti nak lagi :)


Wkwkwk. Posing syok sendiri mesti dan perlu ada. Hihi. So, hari yang sangat memenatkan. Thanks to my lovely sistha. Sebenarnya gambar ni saja my sis nak test yg dia baru beli lens 50mm f1.4. So dia poyo *cewi* haha. Semua gambar ni hasil dari lens tu la. Okay. Insya Allah gambar yg lain akan diupload yer. Thanks for reading, xoxo!

Monday, November 26, 2012

UiTM Permatang Pauh :)

 



Berhabuk, bersawang nya belog saya. Lama dah tak update. Busy sikit. Tau busy apa cuti ni? Busy makan , tidur, makan, tidur dan makan. Hehe, busy sangat la kan. Actually, entri untuk kali ni. Nak cerita sikit. Ngeh3, dah dapat result!! Alhamdulillah seperti yang diinginkan dah dapat. Saya dapat : DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL. Di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang. Dimana tempat dulu saya buat PRA-DIP. Alhamdulillah sekali lagi sebab dapat dekat dengan rumah, dengan orang tersayang, hehe and yang paling penting saya dah sangat selesa dekat situ. So tak perlu fikir la pasal tu pasal ni. Just fikir benda yang perlu nak disettlekan mcm medical checkup, injection typhoid, dan yang paling penting barang barang keperluan. Tinggal lagi 5 hari untuk tinggal dirumah. Terpaksa tinggal my mum & my dad. Uhukuhuk. Macam jauh ja. Hahaha, 5 HARI?! Banyak benda lagi yg belum settle sebenarnya. In Sha Allah sempat :') Dalam masa 5 hari ni jugak tak sabar sabar nak jumpa si jantung hati, rindu sebab lama sangat tak jumpa biasa la dia dekat Kelantan saya dekat Penang bukan dekat tu. Tapi dia dah sem 2. So, dia 'senior'. And saya 'junior' Hehe macam comel :3. Lega rasanya bila dapat sambung satu tempat dengan dia. Rasa selamat, wkwkwk. Kawan kawan yang lain banyak yg dapat dekat UiTM Merbok. So kawan kawan, doakan kita sama sama berjaya! Usaha kita cukup membuktikan apa yg kita dapat sekarang. 1/12/2013 dah kena daftar. So lepas ni, mesti busy dengan class & bla bla bla :(. Mesti dah tak boleh nak blogwalking selalu, update blog apatah lagi. Okay rasanya cukup untuk entri kali ni. Sekian dari saya, Mieprosa.
Thanks for reading! xoxo!

Friday, November 9, 2012

I Choose To Wear Hijab.


Hai semua. Dah lama tak update blog ni. Terjumpa pulak satu contest ni. Mari ramai ramai kita join? Mana tau ada rezeki. So good luck untuk sapa yang dah join contest ni. Hehehe. Let's join! Klik banner untuk join yer. Selamat mencuba semua ^^

Photobucket

So. Gambar yang inilah gambarnya.

Thursday, October 25, 2012

Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh


Hari ni sudah terdetik hati saya nak update blog pasal ni.
WHAT?
Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh?
macam tak percaya saya join contest ni.
Alhamdulillah.
Setakat ni, saya masih dalam TOP 30.
Actually, contest ni start dari 1 Sept-31 Okt
Saya mula bersemangat sebab hadiah yg ditawarkan agak lumayan :D
So, harap. 
Anda anda semua dapat membantu saya.
Ringan ringan kan jari mengundi saya :)
Cuma ikut step ni saja...






 Mudah dan ringkas! 
Terima kasih kepada sesiapa yg telah mengundi.
Doakan saya jadi pemenang okay AMIN ^^

Thursday, September 20, 2012

SEGMEN : Jom tingkatkan Followers Sampai Lebam

Photobucket
mari mari :D

TINGKATKAN FOLLOWERS?
siapa yang taknak kan.
hehe, so taksalah kalau mencuba.
mari mari :D

 

JUMLAH FOLLOWER = 84 orang.

Saturday, September 15, 2012

KAWAN, TEMAN & SAHABAT?






Kawan, teman dan sahabat adalah tiga perkataan yang mempunyai persamaan. Setelah mencari dan menelaah sedikit sebanyak blog-blog yang menulis tentang perkara ini, maka secara ringkasnya saya boleh menyimpulkan bahawa rata-rata mereka berpendirian dan berpendapat:



Kawan = boleh didapati di mana-mana, tidak teguh hubungannya, hanya bersifat luaran, paling ramai dan juga. Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.


Teman = hubungan rapat, lebih teguh berbanding kawan, dipercayai dan boleh dijadikan tempat berkongsi suka, duka, masalah, pendapat sehingga dalam satu keadaan boleh jadi sahabat. Teman ialah perantaraan antara kawan dan kenalan. 



Sahabat = hubungan terlalu rapat dan akrab berbanding teman, sangat teguh sehingga semua masalah boleh dikongsi bersama, paling sukar untuk ditemui, setia, perihatin dan sanggup berkorban kerana persahabatan. Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.
Sejak kebelakangan ni, saya keliru, keliru dan keliru! Siapa kawan saya? Siapa teman saya? Siapa sahabat saya? Kalau difikirkan kembali entah berapa ramai kawan yang kita temui dalam hidup ini tetapi tidak menjadi sahabat. Untuk mengenali seseorang itu sebenarnya mengambil masa yang lama tetapi ada juga diantara kita yang mudah mempercayai seseorang walaupun hanya beberapa jam sahaja bertemu. Kata-kata kawan makan kawan selalu kita dengar tetapi saya percaya kita tak pernah bertemu dengan kata-kata sahabat makan sahabat. Tapi kadang kadang bila ada benda yang berlaku diantara kita yang membuatkan kita rasa macam macam pasal kawan kita. Kadang kadang perangai pelik kawan kita, mulut kawan kita yang kita rasa tak tahan kadang kadang. Ini perkara biasa right? Dan benda yang kadang kadang kita buat tapi kita tak perasan benda tu menyakitkan hati kawan kita benda tu buat kawan kita rasa meluat, benci dan apa apa la perasan yang negatif. 

Sekian disini sahaja dari saya Amira Abdullah. Okay amik masa 3jam untuk tulis pasal entri kali ni. Dikesempatan ini, saya Amira Abdullah ingin berterima kasih kepada SAHABAT saya iaitu Nur Athira bt Yahaya & Nur Fatihhah bt Satari kerana terlalu banyak memberi nasihat kepada saya. Terima kasih sangat sangat, Actually mereka ini adalah roomate saya :) Thanks a lot Tyra dan Tyha! I love you so much much much and much! XOXO :*
Lots of love, Mieprosa!

Saturday, September 8, 2012

thanks a lot uolss!

Entri  blog saya utk kali ini.
Khas buat mereka.
Iaitu En Flip & Mr Tet
Dan sekalung penghargaan juga buat my Make-Up Artist(MUA) SIS IRA
*boleh click jea nama mereka utk terus ke facebook mereka* :)

Sebenarnya, ni kali pertama saya di make up.
Seumur hidup.
Adalah menjadi kebiasaan muka kita akan menjadi berubah slps di make-up
Thanks buat  SIS IRA :)
Ini hasil nya.


Siapa berminat untuk menggunakan perkhidmatan make-up.
Boleh melawat ke Facebook  SIS IRA.

TAK LUPA JUGA.
Buat  abg heary den :)
Click this : En Flip.
THANKS FOR THIS PICTURES :p !




DAN JUGA ANDA,
BRO FAIZAL AZNAN.
boleh like this page :  Mr Tet
THANKS FOR THIS PICTURE.


LAST BUT NOT LEAST.



FROM LEFT :  BRO FAIZALBRO HEARY.  ME, MY SIS ,SIS IRA & BRO EKMAN
TEAM TEAM UNTUK SHOOT SAYA BUAT KALI INI.
TERIMA KASIH JUGA BUAT MY LOVELY SISTHA : Cahaya Eza :)
SAYA ENJOY!!!!!!!!
THANKS A LOTS UOLSS <3>

Wednesday, August 22, 2012

RAYA 2012.

Raya tahun ni kurang meriah.
sbb my big bro tak join.
dia kena jaga baby dia 'Ardhia Ramadhani'
Btw, tahun ni giliran beraya dekat Kuala Kangsar, Perak.
Gambar untuk raya tahun ini :)

okay tema tahun ini hijau :)


with my bro Shafiq


three of us.
sepatutnya berempat.

Tak cukup sorang.
Muhd Akif beraya bersama family dia :)
Raya tahun ni kureng sbb sbb sbb.
Sbb apa pun taktau.
Kbai.

Sunday, August 5, 2012

With them :)

14 Ramadhan :)
Dengan keadaan yang tidak dirancang.
Mula lah kami merancang utk keluar berbuka puasa diluar.
Sedar tak sedar, aku dengan roomates aku tak pernah keluar skali pun!
Dari start aku stay UiTM tu.
Biasa la, semua kan masing masing busy dgn business sendiri. HAHA.
Then kami membuat keputusan utk berbuka di Jusco Seberang Prai.



Biasa la, kerja perempuan.
Dalam kereta pun menjadi.
Kenangan kan :)

 with thiera sayang :)


three of us.
rugi nya si Tyha tak ada :(


Kami berbuka di Ayam Penyet.
Alhamdulillah selepas kecewa tak dapat makan dkt The Chicken Rice Shop.
Dapat jugak berbuka dekat sini.
Sebenarnya first time aku jejakan kaki dkt Ayam Penyet ni.
Btw, makanan dia boleh tahan.
Dan yg paling best dpat minum 'Yam Shake'
Ada pearl pulak dlm Yam shake tu.
Perhhh, memang nikmat yg tersangat!


Apa ni apa ni?
STEP UP REVOLUTION.
Whoaaaaa :D
Mula mula memang tak rancang nak tgok movie.
Tiba tiba si thiera ckp,"Teringin nak tgok wayang laaa".
Saling berpandangan kami semua.
Muka senyum senyum semua.
Haha, pastu masing masing tanya.
Nak tgok tak? Nak tgok tak?
Aku ikut ja, Aku on ja, Aku segala aku....
Jadi lepas booked makan, kami terus pergi beli tiket :')
Btw, STEP UP REVOLUTION!
Memang terbaik.
Aku tgok sampai berdiri bulu roma.
Whoaaa, so awesome!!
Nak tgok lagi.
Ni dh tahap "wajib tayang ni"
HAHA.


Terima kasih dkt Nad and Thiera.
Walaupun sekejap ja kita hang out.
Tapi tu kenangan wehh :D
TERIMAS !!!

Saturday, July 14, 2012

Na na na Ganu kitee!!!!

 13.07.2012
We have trip to Terengganu!
Untuk program MDAB under UiTM di Dungun :)
Tengok tengok siapa yg kami jumpa.
Tak dapat sembang dpt snap pun cukup la :P

                                     
Suasana yg agak meriah.
But panas!
Sbb ramai sangat orang.


 
SHERA. Kami syg hampa :p

 
Me and them.
Nana & Tikah.

  




Hi, nama awek sebelah saya Atikah Wan :)
Dia cantik kan kan?
Rambut dia 'Guna jari pun boleh'.
Bak kata Shera :p
Tikah, Shera & Nana selalu tinggal kita dua kan kan?
HAHAHA.
Selalu kita dua ja pi mana mana ponggg.
Kami suka kawan dengan hampaaaaa.
Suka gelak, merapu and so on :)




Tikah, Shera, Nana.
Thanks a lot!!!!
I'm so glad to have friends like you you and you :)
Terima kasih jugak utk Tikah & Nana.
Sbb ke Terengganu la kita rapat kan.
Mana mana pun kita ja :')
Lambat kita, yg last pun kita :P
HAHAHA.
Tu baru kwn kan.
Dlm bus buat bising mcm org gila.
Tapi tak sebising geng2 RXZ tu laa =,='
Walaupun sehari ja kita kwn.
Tapi sangat best!
Banyak kenangan.

FRIENDS, please.
Don't you ever ever forget me :(
Hampahampa lupa aku.
Aku sepak muka sorang sorang.
WAHH kasaq nya bahasa cekk :P
HAHA.
korang jangan lupee aku tauuu.
Eiyuu geli yuks! :D

LOTS OF LOVE,
AMIRA BT ABDULLAH<3