Wednesday, December 24, 2014

Thursday, November 13, 2014

Kemana?



Sedar tak sedar kita dah dlm bulan November. Bulan depan Disember then turn to 2015? Cepat sangat waktu berlalu. Masuk sem depan pun dah sem 5? Last sem for me?!? Lepas tu dah LI. InsyaAllah tahun depan jugak grad. Sedih pulak kalau nak diingat sem depan last sem. Tipu la tak sedih. I've been there (Uitm Permatang Pauh) for three years. Mcm mcm kenangan ada. Manis dan pahit ku telan. Kahkahkah. But I'm totally get touched about "Friend's". Mcm mcm jenis kwn yg boleh jumpa. Yg baik sangat sangat ada. Yg kurang baik pun ada. Semua ada la. Serba serbi. Tak kisah la baik ka tak. For sure I'm not going to forget you all my friends. Mesti nnti teringat semua classmates, housemates, roomates. Takmau la sedih sedih lagi. Sebab sem depan ada lagi. Nak sedih pun nanti nanti laa. Tunggu post yg lain, and for sure not today. Haha.


The best housemates I ever had. Alahaii kalau melayan budak budak ni. Seronoknya, sebab dah anggap mcm adik adik sendiri. Yala org takdak adik, mmg mcm tu la. Haha. And paling best budak budak ni pun semua org utara so takdak masalah kalau duk 'menyembang'. Cuma sesat sorang tu ... Shu. Budak Shah Alam. Dia mmg mcm sorang 'ibu' selalu masak untuk kami. Potpet potpet... Alaaa dah rindu! 


Sorang lagi si Izzati Abdullah ni takyah cakap la....Housemate since sem 1. She is the one who always with me. The one who knows all my flaws, mistakes, and weaknesses, and still thinks me completely amazing. Thank you for being here for me everytime, everywhere even you get so busy with Anip. Thank you babe.
Takmau la ckp banyak banyak nnti ada org jeles Hihi.Okay i'm done on this post. Goodnight my haters(tetiba),Cause I know someone is hatin on me. Well you're forgiven. Mihmih.

Xoxo,- Mieprosa-

Tuesday, July 15, 2014

Pilihlah Menu Terbaik!

Lama nya tak update blog! Sejak masuk sem 4 makin busy (busy la sangat). Alhamdulillah dah 17 hari berlalunya ramadhan. Dah lama tak buat entri tentang kesihatan. Jadi hari ni kita update untuk semua :)

Jika teringin air berkabonat

Apa kata cuba jus buah?

Mengapa?
Minuman berkarbonat kurang mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Pengambilan yang berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berat badan dan obesiti. Apa kata kamu tukar kepada jus buah-buahan. Selain baik untuk diet, jus mempunyai serat yang bagus untuk sistem pencernaan.

INFO: Jus limau misalnya berperanan sebagai antiseptik semula jadi dan cukup baik untuk kulit, tekak dan mengawal tekanan darah tinggi,

Jika teringin snek ringan?

Apa kata cuba salad buah?

Mengapa?
Makanan ringan lazimnya tidak mempunyai vitamin dan zat galian yang diperlukan badan. Ia mengandungi bahan-bahan kimia yang kurang elok unutk kesihatan. Cuba gantikannya dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti salad buah. Snek yang sihat ini sesuai untuk kudapan pada waktu petang atau saat kamu menonton televisyen.

INFO: Salad tidak menggunakan minyak dan tidak perlu dimasak dan kalori dalam setiap hidangan tidaklah banyak.

Jika teringin aiskrim?

Apa kata cuba yogurt?

Mengapa?
Memang sedap dinikmati terutamanya pada cuaca yang panas. Namun, jika kamu ambilnya dengan kadar berlebihan, ia boleh menyebabkan kamu batuk dan selsema. Lebihkan makan yogurt berbanding aiskrim kerana badan memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan.

INFO: Yogurt dapat memberi keseimbangan dalam kitaran usus atau bertindak secara lansung pada penghadaman dan sistem imunisasi badan,

SELAMAT MENCUBA! xoxo, Mieprosa <3 p="">


Friday, May 23, 2014

Moustache Houze & Penang Hill


Dah lama sangat cuti sem tapi tak kerja, so takda aktiviti. Tetiba plan cepat cepat dgn syima nak pi jalanjalan pusing Penang. Ingat duduk Penang semua tempat selalu pi ka? Hihi, so saja nak tunjuk sapa sapa yg teringin mai jalanjalan dekat penang boleh la.Mai cek nak tunjuk apa yg best dkt Penang :)

Moustache Houze 

Skirt dari GojesCollection(instagram)

 Yg ni view depan dia
Skirt dari GojesCollection(instagram)



 Yg  ni pulak view dari dlm, kedai ni sesuai la sapa yg nak cari kedai ala ala vintage / hipster hihi. Sbb sekarang ni mmg org ramai nak cari kedai mcm ni, just for suka suka yg paling penting nak tangkap gmbr then upload in insta, fb or wtevr la kan.




 So dah boleh focus utk mkn pulak. Hihi, yg ni Chocolate Iced Cube with milk & Hazelnut Chocolate Dome. Please please! Dia punya ayaq sedap sangat. Serious cakap mmg tak rugi. Dia punya cake pun okay. Semua okay la. Harga standard la utk kedai yg mcm ni kan. Dulu sebelum pi kedai ni ada jugak dengar mulut org cakap cafe ni tak sedap la mahal la. Bagi I, lain org lain selera. Utk I, I puas hati dengan apa yg I dapat mkn/minum dekat sini. Sapa nak try boleh la datang! Senang ja nak cari, kalau dalam waze takut sesat then boleh tnya org area penang town. Ckp nak cari nasi kandaq line clear. Haa mmg dah dkt tu! So lepas kenyang, pi bukit bendera pulak. Yayyy!

Bukit Bendera / Penang Hill 







Whoa Bukit Bendera dah ada lovelock yg ala ala dekat china/jepun tu. Boleh la sapa yg nak mai dengan buah hati buat kenang kenangan dekat sini. Nak bagi suggestion kalau nak letak lock dkt sini better beli ja dekat kedai runcit biasa. Sbb bila beli yg dekat sini. Harga dia mahal. Sapa yg mampu tu boleh la beli ja nak buat kenangan kan :)

  

Alaaa sweet sangat kami. Hihi ni pmpn dgn pmpn takpa la buat swet cenggini. Opss. Okay tukar topik. Coconut shake dia mmg terbaik. Rasa orininal bak hangggg! Hihi. 


Thank you so muchh Syima! I love you so much!!!! Best sangat dapat spend time sbb jarang jumpa. Thank you serious happy sgt, Thank you skali lagi loveyou babe !

Tuesday, May 13, 2014

"Segmen Blogger Aktif"


 

Anda aktif? Selalu blogwalking?
Jum kita join segmen yg teramat mudah ni :)




Goodluck semua :)


Thursday, April 24, 2014

You want it, work for it!

YAYYYYY i'm HAPPY.

Dah cuti sem. So dah ada masa sikit nak bersocial secara berlebihan. Ada masa nak update ni kira okay la. Skrg ni dah busy sikit handle GojesCollection. Alhamdulillah mendapat sambutan yg baik. Syukur, Allah nak bagi rezeki. Betul org kata kalau nak apa apa kena usaha lebih sikit. "You want it, work for it". Bila dah ada rezeki lebih ni, mesti la nak ada target. Benda yg nak sangat la kata kan. Biasa la perempuan. Kalau tak shopping tak sah! Saya bukan mcm tu(tlg la percaya haha). Syukur dengan apa yg dah ada. Kegembiraan dgn keluarga, ehem ehem, dan kawan kawan. Ada la sikit, target nak beli semua semua ni. InsyaAllah akan diusahakan.


HANDBAG.
OR?
Yg mana yg mana? Harga mampu milik.Above 300 bucks.Saja pilih Charles&Keith sbb yg sebelum ni beli selesa and tahan lama. Takda buat lah senang cakap. Ermm bukan nak promote tp entah la hahahaa. Saja pilih hitam sebab sebelum ni tak pernah ada colour hitam. Hee.


TSHIRT

OR?

Dah byk tshirt yg ala ala sweater ni. Disebabkan dia long-sleeve so senang pakai. Boleh buat pergi jalan, pergi kelas. So kalau beli pun tak rugi. Ni dari Topshop.Below 200 bucks. Tp nak beli dua dua sebab dua dua cantik. Tolong :(. Saja mintak suggestion sbb kadang beli menyesal sbb ada org kata tak cantik la tu laa ini laa. Biasa la kan lain org lain padangan.



Terima kasih sbb teman shoping ehem, yg sebelah tu kakak saya yg pendek tu.Haha. Yaa saya mmpk lg tua dan matang benci. kbye


Perkara wajib, Forever 21,Queensbay Mall mmg cantik sgt fittings room dia aishhh malas nak cakap la boleh nampak sendiri. Sapa tahan tak selfie kalau tempat mcm ni kan hahaa


Okay ni gambar last bukan sekadar hiasan. Cantik kan skirt tu? Kalau berkenan dihati. Jgn la malu malu. Tuan yg memakai tu juga tuan menjual skirt tu, hihi. Boleh la singgah ke Instagram: GojesCollection. Email : mieprosaa2gmail.com. Nak lagi senang wechat: Mieprosa. Mudah kan teknologi dihujung jari. Okay selamat malam dari saya, xoxo!




Monday, March 17, 2014

The end of semester 3!!



Amboi seronoknya perasan final exam dah habis. Hahaa. Paper first will be on 24.March.2014 and last paper will be on 11.April.2014. So, sekarang study week mcm biasa la mesti balik rumah belagak mcm cuti sem tp hakikatnya study week. Tak sedar lagi ka waktu ni yg perlu focus? Tolong la bukak mata tu sikit. Ish ish. Sem ni final exam amik 4 paper ja. Tp 4 tu mcm 40 paper, ya Allah yg paling risau account. Ya ALLAH serious takut sangat. Banyak kan usaha la. Sbb sem ni banyak main. So final ni kena struglle lebih la. Yg isu cinta cintun malas nak tulis. Sbb tak berminat pun, buat serabut kepala lagi ada. Biar la apa yg lepas tu dijadikan sebagai pengajaran. Ada org ckp, "Jangan jealous tengok ex kita dengan org lain, sbb kita dari kecik lagi dididik/diajar supaya bagi barang yg kita tak perlu kepada yg lebih memerlukan" hahaa. So just go on. Start a new life, I mean a BETTER life. Sbb aku rasa family aku, ,kawan kawan aku dah cukup mengembirakan aku. Kadang kadang mmg jealous ada tergugat iman bila tengok kawan kawan kita bersweet muwit dgn pasangan masing masing. Alaa takpa bila tibanya masa kita. Kita pulak la yg rasa. Jadi jangan bersedih? Watlek watpeace sudah. Focus benda lain lebih bagus dari benda tu.

Alhamdulillah selama dua sem belajar class serving. Dah tamat serving class utk diploma yayyy! Happy sangat no more jadi waiteress no more supervisor of the day, no more steward. Tgu nak praktikal ja nanti. Thanks pada Sir Azlan yg banyak membantu. You're the best lecturer I ever had. Dia punya tahap sporting takyah nak cakap lah kan. Hee, thank you for everything Sir! We love you.

Tak lupa juga pada class kitchen. Sedih sangat sebab lepas ni dah tak masak masak lagi dah. Cukup lah dah 3 sem utk class ni. Hee thanks jugak buat Chef Nakia, banyak tunjuk ajar, sabar dengan kerenah kami semua. Thanks sangat sangat Chef. Chef terbaik laaaaah! Hee so no more serving class, no more kitchen class. Next sem ada front office and housekeeping. Tak sabar nak habis kan sem ni. Seriousssssssss tak sabar. Anyway, goodluck untuk kawan kawan. Goodluck utk semua student IPTA/IPTS. Foyuu kemain goodluck nya, hahaa. Sama sama la berjuang habis habisan untuk final exam ni. GOODLUCK ALL!








Wednesday, February 26, 2014

Ya Allah beri aku kekuatan,


Selamat petang, setelah lama tidak mengupdate blog. Amik masa sikit sebelum petang ni nak pergi jog. Even skrg ni mmg busy. Banyak assignment, test ditambah pula masalah mcm mcm yg mendatang. Takpa Allah ada. Allah sentiasa ada. Tetapi kadang kadang terfikir. Kenapa malang sgt. Sudah jatuh ditimpa tangga. Masalah dtg dgn pelbagai cara, ada yg nampak secara terang terangan. Ada yg diam diam. Yg paling menyedihkan hal kesihatan. Allahu, kuatkan hambaMu :(
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa sakit melainkan dengannya Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana daun pohon yg berguguran" [H. R. Imam al-Bukhari]

LOVE? 
Tak nak ckp banyak, dah banyak sgt benda dpt pengalaman bab bab ni. Dan sampai saat ni. Mula rasa penat. Tabah, pasrah atas segalanya. Penat. Cukup dan cukup.


Tiada apa lagi mahu dikatakan. Terima kasih untuk segalanya :)

Monday, January 27, 2014

Malaysia Bakal Jadi Negara 4 Musim Tidak Lama Lagi?


Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.


Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian didapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012' Masih ingat kah lagi?

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.


Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang. 

Fenomena medan kutub bumi menyonsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.


Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyonsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarka pergerakan kutub yang semakin laju.

Sumber : SinarHarian, billyinfo.blogspot.com, amekaw.com/