Friday, December 6, 2013

Kesalahan dalam penjagaan kecantikan

Semua wanita tentunya mempunyai cara penjagaan kecantikan masing-masing. Ada yang menggunakan cara semulajadi, tradisional, mahupun kaedah moden. Semua cara itu pada asasnya adalah untuk memberi rawatan dan penjagaan yang maksima sehingga tubuh kelihatan lebih indah. Sayangnya, tidak semua wanita mengetahui perkara kecil yang jelas boleh merosakkan penjagaan yang telah mereka lakukan.

Dalam perkara ini, tentunya anda ingin mengetahui apa kesalahan yang sering berlaku semasa melakukan penjahaan kecantikan.

1.Fesyen Potongan Rambut Yang Sama

Rasanya akan amat membosankan ketika mengekalkan fesyen rambut yang sama selama bertahun-tahun. Kesannya pada pemilik rambut adalah malas dalam mendandan dan menjaga kecantikan rambut. Sebaliknya, lakukan perubahan kecil pada potongan rambut agar penampilan anda lebih segar secara keseluruhannya. Bahkan, anda boleh mengikut berbagai trend fesyen rambut sekarang cukup disukai oleh wanita. Bagi anda, pemilik rambut pendek, sederhana atau panjang, tetap menjadi sebahagian dari trend pada masa ini, bergantung pada kreativiti dandanan sehingga menjadikan rambut anda kelihatan tidak sama.

2. Kurang Tidur

Tidur merupakan aspek yang amat penting bagi kesihatan. Bukan hanya itu, dalam penjagaan kecantikan juga perlu mengambil berat unsur cukup tidur. Seseorang yang kurang tidur, biasanya mempunyai kulit yang pucat dan wajah yang penat. Lebih buruk lagi, peningkatan tahap kortisol boleh melambatkan penghasilan kolagen yang menyebabkan berlakunya kedutan dengan lebih cepat. Perkara ini kerana kulit dipaksa terus bekerja tanpa adanya rehat. Padahal, semasa kita tidur, enzim yang memperbaikinya akan menjalankan peranannya dengan memperbaiki kerosakan, mengurangkan toksin dan mengagihkan nutrisi pada sel tubuh.

Selain itu, orang yang kurang tidur akan mudah diserang penyakit, kerana antibodi dalam tubuhnya lemah, sehingga memberi kesan pada kesihatan dan kecantikannya. Oleh sebab itu, tidur juga perlu menjadi perhatian penting ketika menjaga kecantikan.

3.Jarang Bersenam

Bagi anda yang jarang bersenam, ada baiknya mengetahui manfaat senaman pada tubuh. Siapa tahu anda akan berubah fikiran dan sesegera mungkin membuat jadual untuk mengerakkan tubuh. Selama ini, anda berfikir bahawa manfaat senaman adalah memberikan tubuh yang sihat dan kuat. Dengan bersenam anda akan mendapat stamina yang lebih bagus, seperti tidak mudah penat, kebal pada penyakit dan sebagainya.

Namun, pernahkan anda sedari bahawa ternyata senaman itu amat berguna pada kesihatan kulit? Bahkan, senaman disebut-sebut sebagai salah satu cara mengatasi berbagai penyakit sehingga bagi anda yang mahu awet muda, sebaiknya sentiasa bersenam dengan teratur.

4.Mengabaikan Kebersihan Alat Solek 

Dalam  bersolek, kebersihan adalah perkara utama yang perlu diambil berat, khususnya alat solek. Kebersihan bukan hanya menjadikan solekan tetap dilindungi kebersihanny, tetapi kesihatan kulit juga menjadi keutamaan utama dalam perkara ini.

Span bedak, sapuan pemerah pipi, kapas pembayang mata dan semua bentuk alat solek yang sering kita gunakan semasa berdandan, menyimpan banyak sisa solekan dan sel kulit mati. Debu bedak yang melekat, minyak, kotoran ataupun bakteria yang tertinggal pada span dan berus boleh menyebabkan jerawat. Dengan menjaga kebersihannya, masalah kulit yang membahayakan dapat dihindari.

Membersihkan alat solek wajah bergantung pada seberapa sering anda menggunakannya. Biasanya, orang membersihkannya dua sehingga tiga kali dalam sebulan. Ingat jangan bertangguh lebih lama lagi apabila ianya sudah menunjukkan tanda yang tidak baik, seperti berbau busuk.

5. Menyikat Rambut Semasa Masih Basah

Tips ini mungkin sudah sering disarankan di berbagai salon kecantikan. Perkara ini memang cukup buruk jika tidak mengambil berat. Setelah menggunakan syampu, gunakan sikat yang bergigi jarang untuk meleraikan kekusutan rambut anda. Jika boleh, jangan disikat dahulu! Tunggu sehingga kering. Jangan gunakan sikat dengan gigi rapat, kerana boleh menyebabkan rambut yang sihat mahupun yang rosak tertarik dan luruh pada masa itu juga. Jika perkara ini dibiarkan, lama-kelamaan boleh menyebabkan botak.

To be continued........................ hehe

Monday, November 25, 2013

Semester 3


Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih bernafas dibumi Allah yg indah ni. Okay untuk entri kali ni adalah Semester 3!! Dah fikir habis habisan dah. Mmg takda idea, otak tepu + lemak berkrim disukai ramai. Hahaha. Bermulanya semester 3 saya di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang. Diploma Pengurusan Hotel. Bersyukur sangat sebab dah 3 sem. Takdak sangkut apa apa. Tapi lagi seronok sebab pointer sem 2 ni okay dari sem 1 walaupun tak dapat dean list. Alhamdulillah sangat sangat bila dapat bagi my mum happy & whole the family. Rasa berbaloi dengan usaha yg dibuat walaupun kadang kadang selit sikit pi sana pi sini overnight la, tengok wayang la, tengok movie tak ingat dunia la. Hahaa, biasa la kadang kadang perlu jugak masa untuk release tension kan. Tapi takboleh selalu la kan. Untuk sem ni dapat kolej Kristal B. Okay la tapi kurang best sebab tak dapat wifi haha. Roomate si Nad mmg dah kenal lama so tak kisah, Dina yang cantik, Syaz yg lemah lembut. Housemate pulak si Farah Aimi classmate yg lansung tak rapat dari sem 1. Tiba tiba jadi rapat dan baik lepas balik dari trip class sem lepas. Hehe. Nad lagi sorang. Semua okay ja sporting. Best dapat kolej ni sebab memang selesa sangat!

Takdak apa pun, gambaq hiasan ja sebab dah taktau nak letak gambaq apa kan. Hihi. New bedsheet for this sem. Thank you mum. Hee.

View yg betul betul dari tingkap bilik saya. Kelihatan begitu indah skali. Kalau dah dekat dgn masjid. Mintak mintak alert skit la lepas azan tu. Hihi.

Cik Nadratul Syazwana yg mcm org gila semalam sbb takda internet. So decide la beli wifi untuk kegunaan peribadi(kegunaan la sangat). Terima kasih Nad dah 4sem aku kenal kau since aku pra lagi. Perasan tak kita lansung tak pernah gaduh? haha mcm hebat ja. Mungkin sbb perangai kau yg sentiasa nak bagi aku gelak tu kot.Hee. Dah takmau tulis banyak banyak pasal dia. hahaha

(Gambaq hiasan ja ni)
Saja ja nak letak gmbaq bagi nampak entri hidup sikit. Hihi, untuk anda semua doakan lah kejayaan saya serta kawan2 saya untuk sem ni. Semoga kami maju kehadapan dengan menaikkan lagi pointer pada sem ini. Amin. Kalau hal hal bercinta letak tepi sat. Yg berlalu biarlah berlalu. Jadi kan pengajaran untuk diri sendiri. Sapa ckp single tak boleh bahagia? I've my family. And that's enough for me. Thank you Allah. Saya dah mula tabahkan hati untuk apa apa dugaan lepas ni. :') terima kasih kepada sesiapa yg sudi membaca walaupun entri yg tak menarik. Cuma luahkan apa yg tersirat didalam hati. Byeee thanks semua, xoxo :*