Friday, July 19, 2013

Hatyai , Thailand.

Salam ramadhan buat kaum muslimin dan muslimat sekelian alam. Alhamdulillah, masih bernyawa dan masih mampu berpuasa di bulan ramadhan yang indah ni. Dah puasa 10 hari. Sekejap nya waktu berlalu. Nanti dah nak raya. Mcm mana preperation utk raya? Baju, kuih muih? Hihi. Entri post untuk kali ni khas untuk mengepost gambar-gambar saya ke............. HATYAI, THAILAND! Alhamdulillah sampai jugak ke sana :) Walaupun hanya 2hari 1mlm cukup menyimpan kenangan.


Sebelum masuk, kena la beratur semua ni. Guna pasport, border past or whtvr la. Dkt imigresen ni serious sesak. Tambah-tambah kalau time weekend. Mmg kena beratur panjang la. Lepas settle semua tu dah dapat masuk Thailand. yeay!



Chang Puak Camp.
Tempat kt sini, sapa yg nak ambil pengalaman boleh la naik gajah. Sbb gajah sini semua sihat sihat belaka, hehe. Tapi harga nya boleh dikatakan mahal la jugak. Sbb 500bath (RM 50) rasanya kalau ada yg lebih murah dari yg ni. So dtg sini mmg semata mata untuk snap pich then pergi tempat lain yg mungkin lebih menarik.




Samila Beach!







 Klonghea Floating Market.
Tempat ni agak femes dgn cara penjaulan mereka yg berada di dalam sampan. Thats way la "Floating Market". Makanan makanan dekat sini memang best. Byk sangat pilihan dan sesak sebab semua org dah mula teruja dgn apa yg ada disitu.


Disebakan ramai. Yg ni ja sempat dibeli alhamdulillah rezeki ada jugak pengikat perut ni. Yg kiri tu dia ala ala mcm Sizzling Mee la tp dia ditukar dgn kueh teow. Dan air laici yg ada dalam bekas labu yg mmg menjadi kebiasaan seseorang tu bila datang kat sini. 

HARI KEDUA




Lupa nama tempat ni. Dia lepas sikit pada Samila Beach. Best sebab dekat sini dapat makan Coconut ni, org Penang kata ayaq nyok. Hehe, dia unik sbb dalam bekas kelapa tu ada roti, pulut, buah nad, betik & ice-cream vanilla. Sedap murah dan rasa nak lagi dan lagi. 

Lee Garden Market





Penat berjalan jalan seharian. Tiba la masa untuk pulang ke Malaysia. Penat dan penat, hati memang rasa nak balik sebab duit pun dah kering, balik pun sebab rindu orang tersayang dkt sana, apa apa pun. Enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! :) Thanks for reading xoxo



Tuesday, May 21, 2013

Cameron Highlands for the first time in my life :)


Assalamualaikum buat semua. Setelah 3bulan tidak mengupdate blog yg berhabuk lagi bersawang. Rasa bersalah sangat kerana meninggalkan blog ni tanpa sebarang update selama 3bulan. Jadi mari kembali mengaktifkan diri. Dikesempatan tengah cuti sem. Sebenarnya tengah busy sangat dengan kerja. Jadi cuti jelah yg sempat. Entri kali ni ingin membebaskan blog dgn gambar gambar,

Cameron Highlands! Sangat teruja lepas my dad janji nak pi Cameron sebab kan. Umur dah 19 tapi sekali pun tak penah pi. Kesian sangat. So start ja cuti sem lepas habis final exam. Balik rumah then terus ke Cameron. Cukup bermakna walaupun 2 hari 1 malam.



First tempat, Raju Hill Strawberry Farm, tapi agak menyedihkan sebab masa tu strawberi lansung takda dekat tempat tu. Cuma ada strawberi yg fresh untuk dimakan bukan untuk dipetik. Jadi pergi situ dapat makan ja. Tu pun dah okay.



Serious! Makanan makanan ni semua tak cukup kalau makan sekali. Dan yang pasti takboleh langsung berkongsi! Haha. Please kalau ke Cameron anda perlu menuju ke tempat ni! Please okay? Destinasi seterusnya Ladang Teh Boh. Tempat yg sangat tenang dengan melihat pemandangan hijau! Tapi sayang sekali. Masa tengah best best shoot gambar hujan pulak, so takda rezeki my mum cakap takda rezeki. Esok boleh datang lagi, Ehemmmmm



Lepas hujan yang sangat lebat tu kami terpaksa balik ke hotel sbb mmg tak boleh kemana hujan terlalu lebat. Then bila sampai ja dah malam, perut mula rasa lapar dan terus menjamu selera. Guess what? Dinner malam tu sangat best. Steamboat pulak sbb situ kan tempat yg sejuk. So mmg sgt fair bila diluar sejuk. Dan perlu untuk makan makanan yg panas panas.


Hari kedua :)
Seperti yg dijanjikan, cuaca pun mengizinkan, alhamdulillah. Jadi sekali lagi kami ke Ladang Teh Boh. Hari ni boleh la shoot puas puas. Hehe.




Big Red Strawberry Farm. 




Time ni rasa teruja sangat sbb first time petik strawberri originaly! Puas sbb dapat petik yg fresh fresh dan boleh makan terus. Rasa nya mmg perut penuh perut dengan strawberri. Biasa la orang perak lansung tak penah ke Cameron. Haha. Next destination is.......

Cactus Point, Brinchang!



Last destination is Lavender Garden, seriously tempat ni sangat tenang, dengan penuh bunga bunga yg colourful. So awesome for me!





Terima kasih kerana sudi melihat, membaca dan bersabar melihat entri saya buat kali ni. Cuti sem yg sangat bermakna. Hope for the next semester break, ayah janji la lagi tempat lain and paling penting lepas ni whole the family dapat join. Ihiks. A big thanks to my mum, dad and my sis serangkap jurugambar. Sampai sini saja entri saya kali ini. Thanks for reading!