Wednesday, December 11, 2013

Kesalahan dalam penjagaan kecantikan (Part 2)


6. Kesilapan Dalam Menggunakan Kosmetik

Kesilapan dalam menggunakan kosmetik boleh merangkumi banyak perkara seperti kesilapan dalam memilih kosmetik yang tepat untuk kulit, menggunakan kosmetik yang sudah tamat tempoh dan  menggunakan produk tester atau sampel tanpa mengambil berat soal kebersihan. Cara menyimpan kosmetik juga amat memberi kesan pada penjagaan wajah anda.

Kebiasaan menggunakan kosmetik tamat tempoh, mengambil kosmetik dengan jari atau memasukkan semula baki bahan kosmetik yang berlebih, boleh menyebabkan jerawat dan rengsa kulit. Oleh yang demikian, buang semua produk yang sudah berubah warna, tekstur dan baunya. Sentuh produk tester atau sampel dengan menggunakan putik kapas, kapas atau tuangkan sedikit pada tapak tangan, baru kemudian disapu pada wajah. Kesilapan mengguna-kan kosmetik akan membawa akibat amat buruk sehingga boleh sahaja anda mendakwa suatu produk tidak bagus, padahal sebenarnya itu merupakan kesilapan anda yang tidak tahu beberapa kesalahan dalam menjaga kecantikan.

7.Tidur Tanpa Membersihkan Solekan

Satu perkara paling penting untuk anda lakukan pada kulit adalah membersihkan solekan setiap malam sebelum tidur. Sayangnya, kadang kala anda melupakan perkara itu kerana sudah terlalu penat. Ingatlah bahawa membersihkan solekan sebelum tidur dapat "menyelamatkan" kulit. Membiarkan semua solekan anda masih melekat pada wajah, hanya akan menutup liang-liang dan jelas merosakkan kulit.

Oleh yang demikian, inilah rutin mudah yang perlu dipelihara setiap hari sebelum tidur. Mulakanlah dengan menggunakan pembersih solekan untuk membersihkan semua solekan yang anda kenakan. Gunakan pembersih dengan minyak pati (essential oil), seperti kalendula dan membersihkan kosmetik kalis air yang biasanya amat sukar dibersihkan. Atau anda juga boleh menggunakan bebola kapas untuk kesan yang lebih baik.

Cucilah wajah anda dengan pencuci muka yang lembut, sesuai dengan jenis kulit. Cuci wajah dengan pergerakan memutar untuk melancarkan darah. Berikutnya, gunakan toner untuk mengecilkan liang-liang dengan bebola kapas dan usaplah wajah dengan pergerakan yang lembut.

Solekan yang tidak dibersihkan boleh menyumbat liang-liang, menyebabkan jerawat pada mata. Kulit memerlukan masa untuk memperbaharui sel. Namun, kerana liang-liang tersumbat, maka proses ini menjadi terhalang sehingga menjadikan kulit kusam. Maka dengan itu, mulai sekarang, biasakanlah rutin membersihkan solekan sebelum tidur demi kesihatan kulit wajah anda.

8. Mandi Lama Dengan Air Panas

Mandi air panas merupakan perkara yang cukup seronok, apalagi melakukan semasa badan penat atau semasa perlu mandi pada waktu malam. Namun, perkara ini perlu diawasi, kerana lama mandi dengan air panas boleh menyebabkan kulit kering. Hadkan masa mandi lebih kurang 3 minit dengan suhu air yang tidak terlalu panas. Selain  itu, gunakan pelembap segera setelah madni, untuk mencegah kulit kering.

9. Menyembur Minyak Wangi Pada Pergelangan Tangan

Menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan merupakan kebiasaan yang sering kita abaikan, kerana tidak memberi kesan secara lansung pada kecantikan. Namun, menyembur minyak wangi pada kenakan. Jika anda mengenakan jam tangan atau gelang, maka wangian akan bercampur dengan bau aksessori anda. Selain itu, perkara itu juga boleh menyebabkan kelembapan pada bahagian yang ditutup dengan jam tangan. Lebih baik, semburkan minyak wangi pada titik denyut nadi pada leher, kerana kawasan ini lebih panas dan akan membantu menyebarkan wangian.

Selamat menjaga kesihatan masing masing semua! Bye xoxo





8 comments: